Back

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐Ÿฐ ๐—•๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต, ๐Ÿฏ๐Ÿฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต? โ€“ ๐—”๐—ฃ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ฟ

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐Ÿฐ ๐—•๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต, ๐Ÿฏ๐Ÿฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต? โ€“ ๐—”๐—ฃ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต

KUALA LUMPUR, 29 Okt โ€“ Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz hari ini mempersoalkan kesukaran perolehan 4 buah helikopter jenis UH-60 (Black Hawk) untuk Malaysia, berbanding 32 buah yang lebih mudah diperolehi kerajaan Filipina.

Ahli Parlimen Tanah Merah turut itu menyifatkan, jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari yang menyatakan situasi Perang di Ukraine adalah punca proses perolehan pesawat helikopter Black Hawk tergendala adalah pelik dan boleh dianggap sebagai bahan jenaka.

Menurut Ikhmal Hisham, kelewatan ini bukan sahaja merugikan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang amat memerlukan keupayaan pesawat jenis ini, malah membuka peluang kepada pelobi-pelobi lain yang mahu Kementerian Pertahanan (MINDEF) mendapatkan helikopter sedia ada dari syarikat mereka.

โ€œJusteru, saya sangat berharap kegagalan Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. ini tidak boleh dipandang ringan,

โ€œMereka harus didenda oleh MINDEF berdasarkan kepada terma kontrak yang telah dimeterai sebelum ini sebagai balasan ganti rugi masa dan ruang (time and space) kesiagaan ATM untuk melaksanakan tugas menjaga dan melindungi kedaulatan negara,โ€ soalnya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menegaskan, pemilihan pesawat Black Hawk adalah keputusan yang tepat dengan mengambil kira keperluan sebenar TDM yang amat memerlukan keupayaan jenis kombatan dan juga โ€˜search and rescueโ€™ (SAR).

Walau bagaimanapun, tegasnya, keputusan pemilihan pesawat helikopter jenis AW139 hanyalah bersifat sementara dan pesawat tersebut tidak berupaya melaksanakan kerja-kerja bersifat underslung sebagaimana keupayaan pesawat Nuri.-airtimes.my

#pertahanan #DewanRakyat #parlimen #Malaysia #aset #BlackHawk #ai#airtimes

Berita penuh: https://www.airtimes.my/2024/10/29/1kenapa-4-black-hawk-untuk-malaysia-susah-32-buah-filipina-mudah-tanah-merah/

CIC ART ๏ผŒcharityinchina.cn

cicheidi
https://charityinchina.cn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 4 =