๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฐ ๐๐น๐ฎ๐ฐ๐ธ ๐๐ฎ๐๐ธ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐๐๐๐ฎ๐ต, ๐ฏ๐ฎ ๐ฏ๐๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐น๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ต? โ ๐๐ฃ ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต
KUALA LUMPUR, 29 Okt โ Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz hari ini mempersoalkan kesukaran perolehan 4 buah helikopter jenis UH-60 (Black Hawk) untuk Malaysia, berbanding 32 buah yang lebih mudah diperolehi kerajaan Filipina.
Ahli Parlimen Tanah Merah turut itu menyifatkan, jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari yang menyatakan situasi Perang di Ukraine adalah punca proses perolehan pesawat helikopter Black Hawk tergendala adalah pelik dan boleh dianggap sebagai bahan jenaka.
Menurut Ikhmal Hisham, kelewatan ini bukan sahaja merugikan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang amat memerlukan keupayaan pesawat jenis ini, malah membuka peluang kepada pelobi-pelobi lain yang mahu Kementerian Pertahanan (MINDEF) mendapatkan helikopter sedia ada dari syarikat mereka.
โJusteru, saya sangat berharap kegagalan Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. ini tidak boleh dipandang ringan,
โMereka harus didenda oleh MINDEF berdasarkan kepada terma kontrak yang telah dimeterai sebelum ini sebagai balasan ganti rugi masa dan ruang (time and space) kesiagaan ATM untuk melaksanakan tugas menjaga dan melindungi kedaulatan negara,โ soalnya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut menegaskan, pemilihan pesawat Black Hawk adalah keputusan yang tepat dengan mengambil kira keperluan sebenar TDM yang amat memerlukan keupayaan jenis kombatan dan juga โsearch and rescueโ (SAR).
Walau bagaimanapun, tegasnya, keputusan pemilihan pesawat helikopter jenis AW139 hanyalah bersifat sementara dan pesawat tersebut tidak berupaya melaksanakan kerja-kerja bersifat underslung sebagaimana keupayaan pesawat Nuri.-airtimes.my
#pertahanan #DewanRakyat #parlimen #Malaysia #aset #BlackHawk #ai#airtimes
Berita penuh: https://www.airtimes.my/2024/10/29/1kenapa-4-black-hawk-untuk-malaysia-susah-32-buah-filipina-mudah-tanah-merah/
CIC ART ๏ผcharityinchina.cn